Kelebihan bulan Ramadan Puasa (Islam)

Bulan Ramadan ialah bulan yang penuh dengan keberkatan. Umat Islam mempercayai pada bulan Ramadan, ada satu malam yang lebih baik dariapada seribu bulan iaitu Lailatulqadar atau Malam al-Qadar. Lailatulqadar atau Malam Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Dipercayai sesiapa yang beramal pada malam tersebut, sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan.

Rasulullah mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya, dia tergolong daripada orang yang amat rugi. Lailatulqadar satu malam dalam bulan Ramadan yang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya. Lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadan, terutama malam-malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadan tersebut. Waktunya dikira apabila masuk waktu maghrib sehingga terbit fajar. Pada malam al-Quran diturunkan, malam Qadar berlaku pada 17 Ramadan, sementara menurut al-Mubarakfury al-Quran turun pada malam 21 Ramadan.

Orang yang pasti mendapat sebahagian lailatulqadar ialah orang yang solat fardu maghrib dan isyak secara berjemaah sepanjang bulan Ramadan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat subuh berjemaah.

Sabda Rasulullah “Sesiapa yang solat isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyamulail separuh malam; Dan sesiapa yang solat subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam.”

(Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai)

Sabda Rasulullah : "Allah berfirman; "Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-Ku. Puasa (yang dikerjakan) kerana-Ku. Puasa adalah untuk-Ku. Sedangkan, Aku memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Hal ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-Ku, dan (sudah tentu) Aku sendiri yang akan memberi balasannya."

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al-Muwattha, Kitab al-Syiyam. No:603)

Rujukan

WikiPedia: Puasa (Islam) http://www.al-azim.com/masjid/seminar/kertaskerja2... http://berkah-puasa.blogspot.com/ http://www.daawah.com/links/islam/puasa/ http://www.e-bacaan.com/artikel_puasa.htm http://www.syariahonline.com/puasa/index.htm http://www.epondok.com.my/index.php?p=arkibkupasan... http://www.ikim.gov.my/bm/artikel/2002/a02-26.htm http://www.islamituindah.my/hukum-gabung-puasa-qad... http://www.sabah.org.my/solat/artikel/puasa/mukadi... http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/kosmik/19...